Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Thursday 19 July 2012

Tatabahasa

KATA BANYAK MANA


Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang bergaris dengan betul.

1. I Cikgu Maimon dilantik untuk mengawasi perjalanan UPSR tahun
ini.
II Pencuri itu sentiasa mengawasi rumah orang kaya itu.
III Pihak polis telah mengawasi kawasan yang disyaki sebagai tempat
persembunyian perompak itu sejak minggu lalu.
IV Jika ibu bapa mengawasi anak-anak mereka, pasti anak-anak
mereka akan berjaya dalam pelajaran.
A I dan II
B I dan III
C III dan IV
D I, II dan III


2. I Dia menganjurkan kerusi itu untuk tetamu itu.
II Kelab Rekreasi sekolah ini akan menganjurkan satu lawatan ke
Angkasapuri.
III Mereka menganjurkan kutipan derma kilat untuk mangsa
kebakaran itu.
IV Polis trafik telah menganjurkan kenderaan lalu di jalan itu.
A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV


3. I Janganlah membuang masa tanpa tujuan.
II Rakyat telah membuang raja yang zalim itu.
III Individu yang berusia 21 tahun ke atas dibenarkan membuang
undi.
IV Rosman berazam hendak membuang tabiat merokoknya demi
kesihatan diri.
A I, II dan III
B I, III dan IV
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV

4. I Kasut lelaki jauh lebih mahal daripada kasut wanita.
II Rumah ketua kampung terletak tidak jauh dari sini.
III Berapa jauhkah di antara rumah kamu dengan sekolah?
IV Farid dapat melihat kelibat ayahnya dari jauh.
A I dan II
B I, II dan III
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV

5. I Mutu barangan yang dijual di pasar raya itu sangat rendah.
II Badan Ismail calar-balar kerana rendah dalam semak-samun itu.
III Mereka duduk berehat di bawah sepohon pokok yang rendah.
IV Kami tidak pernah memandang rendah terhadap kebolehannya.
A I dan IV
B I, II dan III
C II dan III
D II, III dan IV



6. I Badan Maisarah terasa segar selepas mandi.
II Sayur-sayuran yang dijual di pasar malam itu masih segar.
III Nazri minum segelas susu segar setiap pagi.
IV Angin yang bertiup di tepi pantai itu sungguh segar.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

7. I Semua murid diam apabila melihat Cikgu Farhana masuk ke kelas.
II Cikgu Farhana menyuruh murid diam di tempat masing-masing.
III Arfah diam sahaja apabila disoal oleh Cikgu Farhana.
IV Arfah seorang murid yang diam dan tidak mempunyai banyak kawan.
A I dan II
B I dan III
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV

8. I Cat yang terkena pada baju itu masih belum hilang.
II Kanak-kanak yang hilang itu sudah ditemui.
III Tindakan Halim itu menyebabkan kami hilang kepercayaan
terhadapnya.
IV Perempuan itu menjerit-jerit seperti orang hilang ingatan.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV


9. I Pokok kelapa itu gugur setelah ditiup angin kencang.
II Ibu risau apabila rambutnya banyak yang gugur.
III Para perajurit yang gugur di medan perang haruslah dikenang.
IV Pak Subuh mengutip buah durian yang gugur di dusunnya.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C III, III dan IV
D I, II, III dan IV


10. I Pakaian yang dijemur di ampaian itu masih lembap.
II Puan Ramlah susah hati kerana anaknya lembap dalam pelajaran.
III Perkembangan ekonomi negara itu sangat lembap.
IV Peserta terakhir berlari dengan lembap ke garisan penamat.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV

11. I Adik menjerit dengan kuat apabila anjing liar itu mengejarnya.
II Encik Akmal bekerja kuat demi menyara keluarganya.
III Puan Anisa memarahi anaknya kerana menutup pintu dengan kuat.
IV Amirul kuat belajar kerana tarikh peperiksaan semakin dekat.
A I dan II
B II dan III
C I, II dan III
D I, II, III dan IV



12. I Wanita itu sedang menjalani rawatan membuang lemak di badan.
II Perangai adik semakin lemak sejak berkawan dengan Irfan.
III Ikan sepat ini sedap dimasak lemak cili padi.
IV Para atlet digalakkan agar meminum susu rendah lemak..
A I dan II
B II dan III
C I, II dan III
D I, II, III dan IV

13. I Rahayu mempunyai kulit muka yang bersih.
II Dia mencuci tangannya sehingga bersih.
III Pemimpin yang bersih daripada rasuah akan bertahan lama.
IV Walaupun dia miskin tetapi hatinya bersih.
A I dan II
B II dan III
C I, II dan IV
D I, II, III dan IV

14. I Hatinya menarik untuk berhijrah ke kota bersama-sama rakannya.
II Kempen jualan murah itu berjaya menarik pelanggan yang banyak.
III Ibunya menarik nafas lega apabila mendengar berita itu.
IV Suasana malam di tepi laut itu sungguh menarik.
A I dan II
B II dan III
C II, III dan IV
D III dan IV

No comments:

Post a Comment