Dynamic Glitter Text Generator at TextSpace.net

Friday 27 July 2012

Karangan 2


Cita-cita

            Cita-cita menjadi teman bagi murid yang berwawasan. Cita-cita diertikan sebagai keinginan menjadi atau memiliki sesuatu.

            Ada murid bercita-cita menjadi pegawai kerajaan seperti guru, polis dan tentera. Ada murid bercita-cita menjadi peniaga dan ada murid yang bercita-cita menjadi pereka fesyen. Semuanya bergantung kepada minat

            Cita-cita menjadi panduan kepada kejayaan seseorang murid. Ini kerana, seseorang murid mempunyai cita-cita, sudah semestinya murid itu mempunyai strategi untuk mencapai cita-citanya. Cita-cita juga menjadikan seseorang murid lebih bersungguh-sungguh.

            Walau apapun cita-cita seseorang itu, usaha perlu dilakukan agar cita-cita itu dapat dicapai.
                
Latihan 5.1
Cita-cita

            Cita-cita menjadi teman bagi murid yang berwawasan. Cita-cita diertikan sebagai keinginan menjadi atau memiliki sesuatu.

            Ada murid bercita-cita menjadi pegawai kerajaan seperti _______, polis dan _______. Ada murid bercita-cita menjadi _______ dan ada murid yang bercita-cita menjadi _________________________. Semuanya bergantung kepada minat .

            Cita-cita menjadi panduan kepada kejayaan seseorang murid. Ini kerana, seseorang murid mempunyai cita-cita, sudah semestinya murid itu mempunyai strategi untuk mencapai cita-citanya. Cita-cita juga menjadikan seseorang _________ lebih bersungguh-sungguh.

            Walau apapun cita-cita seseorang itu, usaha perlu dilakukan agar cita-cita itu dapat dicapai.

Karangan 1


Lawatan  ke Kilang Minuman Ringan

Pada 13 Mei 2009, seramai 30 orang murid SK Kuala Krau telah mengikuti rombongan melawat sambil belajar ke sebuah kilang minuman ringan di Petaling Jaya, Selangor. Seramai lima orang guru turut menyertai lawatan tersebut.

Lawatan tersebut bertujuan mendedahkan murid-murid  tentang proses membuat makanan ringan. Kami tiba di kilang minuman tersebut pada pukul 9.00 pagi. Beberapa orang pegawai kilang itu sedia menunggu. Kami dibawa ke sebuah dewan dan diberi taklimat ringkas tentang proses pengeluaran minuman ringan di kilang itu.

Kami mendapati sebahagian besar kerja memproses minuman dilakukan  oleh mesin dengan pengawasan  pekerja kilang itu. Walaupun hanya beberapa jam melawat kilang tersebut, banyak pengetahuan baru yang kami perolehi. Setelah makan tengah hari, kami pun pulang kira-kira pada pukul 2.00 petang.

Latihan 1.1
Lawatan  ke Kilang Minuman Ringan

Pada 13 Mei 2009, seramai 30 orang murid SK Kuala Krau telah _________ rombongan ____________sambil belajar ke sebuah kilang minuman ringan di Petaling Jaya, Selangor. Seramai lima orang guru turut menyertai lawatan tersebut.

Lawatan tersebut bertujuan mendedahkan murid-murid  tentang proses __________ makanan ringan. Kami tiba di kilang minuman tersebut pada pukul 9.00 pagi. Beberapa orang pegawai kilang itu sedia______________. Kami dibawa ke sebuah dewan dan diberi taklimat ringkas tentang proses pengeluaran minuman ringan di kilang itu.

Kami _____________sebahagian besar kerja _______________minuman dilakukan  oleh mesin dengan pengawasan  pekerja kilang itu. Walaupun hanya beberapa jam melawat kilang tersebut, banyak pengetahuan baru yang kami perolehi. Setelah makan tengah hari, kami pun pulang kira-kira pada pukul 2.00 petang.

Saturday 21 July 2012

Suka2 je....




Suka2 je....


Senaraikan  5 kata nama am yang terdapat  dalam  gambar di atas.
a.   ______________________
b.   ______________________
c.   ______________________
d.   ______________________
e.   ______________________                         

Thursday 19 July 2012

Tatabahasa

KATA IMBUHAN

Pilih jawapan yang betul.

1. Setiap pelajar mestilah ____________ perbuatan yang melanggar peraturan
sekolah.
A. dihindari
B. terhindar
C. menghindari
D. penghindaran

2. Banjir besar telah _____________ berpuluh-puluh buah rumah di sepanjang
Sungai Pahang.
A. dihanyutkan
B. kehanyutan
C. menghanyutkan
D. penghanyutan

3. Juruaudit syarikat itu telah berjaya membongkar ______________ wang yang
telah berlaku.
A. penyeleweng
B. menyeleweng
C. penyelewengan
D. diselewengkan

4. Majalah Dewan Pelajar sesuai ____________ oleh murid-murid sekolah rendah.
A. dibaca
B. bacaan
C. pembacaan
D. membacakan


5. Cikgu Zawawi telah ________________ beberapa cadangan untuk mendapatkan
sumber kewangan.
A. papar
B. paparan
C. memaparkan
D. pemaparan

6. Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru itu _____________ dengan acara
cabutan nombor bertuah.
A. mengakhiri
B. terakhir
C. diakhiri
D. diakhirkan

7. Puan Mastura sedang sibuk membuat _________________ untuk majlis
pertandingan cerita di sekolahnya.
A. siapkan
B. menyiapkan
C. bersiap
D. persiapan

8. Program Kecemerlangan Insan itu ______________oleh Pakar Motivasi terkenal,
Datuk Fadzillah Kamsah.
A. kelolaan
B. mengelolakan
C. pengelolaan
D. dikelolakan


9. Kereta pacuan empat roda itu cuba _____________ anak sungai yang deras
airnya itu.
A. menyeberangkan
B. penyeberangan
C. menyeberangi
D. diseberangi

10. Penunggang motosikal itu menemui ajal di tempat kemalangan kerana _______________ di bawah lori.
A. diperosokkan
B. terperosok
C. merosokan
D. memperosokkan

11. Farah ______________ badannya untuk menerima kalungan medal daripada guru
besarnya.
A. berbongkok
B. terbongkok
C. dibongkokkan
D. membongkokkan

12. Sambutan Hari Kemerekaan itu diadakan untuk _______________ ulang tahun
kemerdekaan negara.
A. ingatan
B. mengingatkan
C. memperingati
D. peringatan


13. Wak Wajdi_______________ anak-anak ikan yang terdapat di Kampung Paya
Besar.
A. disauk
B. tersauk
C. menyauk
D. menyaukkan

14. Daging-daging yang disembelih itu ______________untuk mastikan kesegarannya.
A. memperdingin beku
B. pendingin beku
C. didingin beku
D. dingin beku

15. Puan Siti akan memastikan anak sulungnya melanjutkan pelajaran ke
universiti setelah mendapat ______________ nanti.
A. ditawarkan
B. penawaran
C. tawaran
D. menawarkan









Tatabahasa

KATA BANYAK MANA


Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan yang bergaris dengan betul.

1. I Cikgu Maimon dilantik untuk mengawasi perjalanan UPSR tahun
ini.
II Pencuri itu sentiasa mengawasi rumah orang kaya itu.
III Pihak polis telah mengawasi kawasan yang disyaki sebagai tempat
persembunyian perompak itu sejak minggu lalu.
IV Jika ibu bapa mengawasi anak-anak mereka, pasti anak-anak
mereka akan berjaya dalam pelajaran.
A I dan II
B I dan III
C III dan IV
D I, II dan III


2. I Dia menganjurkan kerusi itu untuk tetamu itu.
II Kelab Rekreasi sekolah ini akan menganjurkan satu lawatan ke
Angkasapuri.
III Mereka menganjurkan kutipan derma kilat untuk mangsa
kebakaran itu.
IV Polis trafik telah menganjurkan kenderaan lalu di jalan itu.
A I dan II
B II dan III
C II dan IV
D III dan IV


3. I Janganlah membuang masa tanpa tujuan.
II Rakyat telah membuang raja yang zalim itu.
III Individu yang berusia 21 tahun ke atas dibenarkan membuang
undi.
IV Rosman berazam hendak membuang tabiat merokoknya demi
kesihatan diri.
A I, II dan III
B I, III dan IV
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV

4. I Kasut lelaki jauh lebih mahal daripada kasut wanita.
II Rumah ketua kampung terletak tidak jauh dari sini.
III Berapa jauhkah di antara rumah kamu dengan sekolah?
IV Farid dapat melihat kelibat ayahnya dari jauh.
A I dan II
B I, II dan III
C II, III dan IV
D I, II, III dan IV

5. I Mutu barangan yang dijual di pasar raya itu sangat rendah.
II Badan Ismail calar-balar kerana rendah dalam semak-samun itu.
III Mereka duduk berehat di bawah sepohon pokok yang rendah.
IV Kami tidak pernah memandang rendah terhadap kebolehannya.
A I dan IV
B I, II dan III
C II dan III
D II, III dan IV



6. I Badan Maisarah terasa segar selepas mandi.
II Sayur-sayuran yang dijual di pasar malam itu masih segar.
III Nazri minum segelas susu segar setiap pagi.
IV Angin yang bertiup di tepi pantai itu sungguh segar.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

7. I Semua murid diam apabila melihat Cikgu Farhana masuk ke kelas.
II Cikgu Farhana menyuruh murid diam di tempat masing-masing.
III Arfah diam sahaja apabila disoal oleh Cikgu Farhana.
IV Arfah seorang murid yang diam dan tidak mempunyai banyak kawan.
A I dan II
B I dan III
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV

8. I Cat yang terkena pada baju itu masih belum hilang.
II Kanak-kanak yang hilang itu sudah ditemui.
III Tindakan Halim itu menyebabkan kami hilang kepercayaan
terhadapnya.
IV Perempuan itu menjerit-jerit seperti orang hilang ingatan.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV


9. I Pokok kelapa itu gugur setelah ditiup angin kencang.
II Ibu risau apabila rambutnya banyak yang gugur.
III Para perajurit yang gugur di medan perang haruslah dikenang.
IV Pak Subuh mengutip buah durian yang gugur di dusunnya.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C III, III dan IV
D I, II, III dan IV


10. I Pakaian yang dijemur di ampaian itu masih lembap.
II Puan Ramlah susah hati kerana anaknya lembap dalam pelajaran.
III Perkembangan ekonomi negara itu sangat lembap.
IV Peserta terakhir berlari dengan lembap ke garisan penamat.
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV

11. I Adik menjerit dengan kuat apabila anjing liar itu mengejarnya.
II Encik Akmal bekerja kuat demi menyara keluarganya.
III Puan Anisa memarahi anaknya kerana menutup pintu dengan kuat.
IV Amirul kuat belajar kerana tarikh peperiksaan semakin dekat.
A I dan II
B II dan III
C I, II dan III
D I, II, III dan IV



12. I Wanita itu sedang menjalani rawatan membuang lemak di badan.
II Perangai adik semakin lemak sejak berkawan dengan Irfan.
III Ikan sepat ini sedap dimasak lemak cili padi.
IV Para atlet digalakkan agar meminum susu rendah lemak..
A I dan II
B II dan III
C I, II dan III
D I, II, III dan IV

13. I Rahayu mempunyai kulit muka yang bersih.
II Dia mencuci tangannya sehingga bersih.
III Pemimpin yang bersih daripada rasuah akan bertahan lama.
IV Walaupun dia miskin tetapi hatinya bersih.
A I dan II
B II dan III
C I, II dan IV
D I, II, III dan IV

14. I Hatinya menarik untuk berhijrah ke kota bersama-sama rakannya.
II Kempen jualan murah itu berjaya menarik pelanggan yang banyak.
III Ibunya menarik nafas lega apabila mendengar berita itu.
IV Suasana malam di tepi laut itu sungguh menarik.
A I dan II
B II dan III
C II, III dan IV
D III dan IV

Wednesday 18 July 2012

Kefahaman

Baca cerpen di bawah kemudian jawab soalan yang berikutnya

Suara azan dari masjid yang tidak jauh dari rumahnya sayup-sayup kedengaran, namun Samad masih lagi berselimut kesejukan di atas katil usangnya. Namun, tabiat malas itu segera dibuangnya, lalu Samad bingkas dari pembaringannya dan terus ke bilik air untuk mengambil air sembahyang.
Selesai sembahyang, lazimnya Samad akan membelah kabus pagi untuk mencari rezeki daripada batang-batang pokok getah peninggalan orang tuanya. Tetapi disebabkan hujan begitu lebat pada malam tadi, Samad termangu-mangu di dalam biliknya memikirkan apa yang harus dibuatnya. Fikiran Samad melayang-layang. Ingatannya kembali kepada bekas tunangnya yang kini mungkin sedang nyenyak tidur di rumah yang besar dan serba indah di bandar.
Ingatan Samad kembali kepada peristiwa dua tahun lepas. Setelah ibu bapanya meninggal dunia, Samad telah meninggalkan kampungnya yang tidak pernah mencium bau pembangunan itu untuk pergi ke kota yang serba serbi memerlukan wang. Samad telah berjaya menjawat jawatan kerani di salah sebuah jabatan kerajaan di bandar.
Tidak lama kemudian, Samad bertunang dengan Rusnah, teman sepejabatnya. Malangnya, pengaruh-pengaruh kota yang serba mencabar itu telah menjerat Samad untuk mencampuri keseronokan yang tidak berfaedah. Samad terpalsa menggunakan wang pejabat setiap kali kehabisan wang. Akhirnya, Samad didakwa atas kesalahan pecah amanah. Samad bernasib baik kerana tidak dipenjarakan tetapi dia telah dibuang kerja. Rusnah pula telah memutuskan pertunangan mereka.
Cahaya matahari menyinari mukanya menerusi lubang dinding biliknya lalu menyedarkan Samad dari lamunannya. Samad membuka tingkap biliknya. Rupa-rupanya hari sudah siang. Ayam telah mula keluar dari reban untuk mencari rezeki. Alangkah senangnya menjadi ayam, hidupnya cuma “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang” fikir Samad. Tetapi Samad cepat sedar kerana sebagai manusia dia mestilah mencari jalan hidup yang lebih baik daripada ayam-ayam itu.
Tanpa banyak bicara lagi, Samad turun ke bawah mengambil sebatang cangkul dan memulakan baktinya kepada bumi yang pasti memberikannya hasil jikalau diusahakan dengan gigih.



6. Di manakah Samad menetap selepas kematian ibu bapanya?
A. Di masjid B. Di bandar
C. Di kampung D. Di rumah Rusnah

7. Kenapakah Samad tidak turun menoreh pada pagi itu?
A. Dia merasa sangat malas
B. Dia merasa sangat mengantuk
C. Hujan lebat turun pada malamnya
D. Dia teringatkan bekas tunangnya

8. Apakah sebabnya Samad pulang semula ke kampung?

A. Dibuang kerja B. Menziarahi ibu bapanya
C. Mendapat pekerjaan baru D. Mengusahakan projek pelihara ayam

9. Semua yang berikut adalah benar berhubung dengan petikan di atas kecuali……
A. Samad kini sebatang kara
B. Samad seorang pemuda yang bersemangat gigih
C. Samad telah dibuang kerja serta dipenjarakan
D. Samad pernah bertunang tetapi telah terputus

10. Perkataan termangu-mangu dalam petikan di atas bermaksud………
A. bengap B. bengang
C. bingung D. bengkeng

Kefahaman

Baca petikan di bawah,kemudian jawab soalan yang berikutnya.

Setiap kali perayaan Hari Guru disambut pada 16 Mei, salah satu acara kemuncak yang menjadi simbol penghargaan kepada jasa pendidik ialah penganugerahan Tokoh Guru Kebangsan. Anugerah yang mula diperkenal pada 1972 itu juga lambang pengiktirafan kerajaan terhadap pengorbanan, kewibawaan serta sumbangan mereka sepanjang tempoh perkhidmatan. Bagi melambangkan kemurnian jasa guru dan mencerminkan ia seteguh emas, pingat yang dianugerah direka khas dengan ciri menarik berwarna keemasan dan bernilai kira-kira RM2000.
Sehingga tahun 2000, seramai 102 pendidik sudah dianugerahkan pingat tersebut. Antara kriteria pemilihan ialah calon mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang di bilik darjah, sumbangan cemerlang kepada bidang keguruan, kegiatan aktif dalam kegiatan luar bilik darjah serta khidmat masyarakat.
Dari segi syarat pemilihan calon Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan pula, mereka hendaklah warganegara Malaysia, pernah berkhidmat sebagai guru, guru besar, pengetua, pensyarah atau pentadbir dalam perkhidmatan pendidikan, sudah dianugerahkan Tokoh Guru peringkat negeri, berumur 50 tahun ke atas sama ada masih berkhidmat, sudah bersara atau sudah meninggal dunia.
Setakat ini tahun paling ramai menerima anugerah ialah pada Hari Guru tahun 1977 iaitu seramai tujuh orang. Barisan penerima sulung anugerah itu ialah Zainun Munshi Sulaiman, Mohd Nor Ahmad, Ting Pin Sung, A V Perumal dan Tan Chong Bee. Pada tahun lalu Tokoh Guru Kebangsaan dianugerahkan kepada Tawi Yaakub, Cheng Yong Kong, Nik Faizah Mustaffa, Abd.Ghani Wahab dan Dr.Seenivasagam Muthukumar Poniah.
Pada tahun 2001 ini, lima lagi penerima Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan bakal diumumkan di majlis perasmian Hari Guru di Dewan Seri Negeri Melaka yang bakal disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri. Seterusnya penganugerahan lain yang bakal disampaikan nanti ialah Anuerah Sekolah Harapan Negara, Anugerah Guru Inovatif serta Anugerah Guru Cemerlang Pendidikan Khas.

1. Pada tahun berapakah penerima paling ramai Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan?
A. 1972 B. 1977
C. 2000 D. 2001

2. Antara berikut, yang manakah antara penerima Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan
pada tahun 2000?
A. YAB Perdana Menteri B. Zainun Munshi
Sulaiman
C. Mohd Nor Ahmad D. Nik Faizah Mustaffa

3. Semua penyataan berikut adalah syarat-syarat yang diperlukan bagi seseorang
yang akan dipilih sebagai Tokoh Guru Kebangsaan kecuali......
A. Berusia lima puluh tahun ke bawah
B. Mempunyai rekod perkhidmatan yang cemerlang
C. Pernah bertugas dalam perkhidmatan pendidikan
D. Pernah menerima anugerah tokoh guru peringkat negeri.

4. Perkataan penganugerahan dalam petikan di atas bermaksud........
A. pengurniaan B. penyerahan

C. penerimaan D. pengagihan

5. Apakah tujuan Anugerah Tokoh Guru Kebangsaan diadakan?
A. Sebagai menandakan acara kemuncak perayaan Hari Guru
B. Sebagai simbol penghargaan kepada jasa seseorang pendidik.
C. Untuk menyampaikan pingat yang berwarna keemasan kepada
guru-guru.
D. Untuk menandakan perasmian pelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan


Karangan Autobiografi


AKU SEBUAH KOMPUTER RIBA



















AKU dilahirkan di sebuah kilang di kawasan perindustrian Bedok dalam tahun 2008. Dengan jenama terkenal dan rekabentuk terbaru yang dihasilkan dalam empat warna menarik, aku dan kawan-kawanku dihantar ke bilik pameran sebuah pusat jualan komputer terkemuka di Funan Centre.
Selang tiga hari kemudian sepasang suami isteri dan anak perempuannya yang berusia 12 tahun mengunjungi bilik pameran pusat tersebut dan memutuskan untuk membeli aku. Anak perempuannya memilihku kerana warna biruku yang menarik hatinya.
Aku difahamkan bahawa aku dibeli sebagai hadiah hari jadi budak perempuan itu, yang kemudian aku kenali sebagai Siti Aida. Aku dibeli dengan harga $1,300. Mungkin Siti Aida adalah anak emas mereka. Siti Aida begitu gembira menerima aku. Dia meletakkan aku di atas meja tulis berhampiran katil di bilik tidurnya.
Sejak aku dibeli Siti Aida begitu menyayangi aku. Setiap kali selepas menggunakan aku, dia pasti membersihkan diriku dengan sehelai kain lembut. Dia tidak membenarkan walau sebutir habukpun melekat pada tubuhku.
Aku berasa begitu gembira kerana dia menjadikan aku sebagai sahabat karibnya. Setiap kali selepas pulang dari sekolah dan selesai menyiapkan kerja rumah serta mengulangkaji pelajarannya, dia akan bersama- sama denganku. Aku berjanji akan berbakti sebaik mungkin kepada tuanku itu. Bak kata pepatah, kami umpama aur dengan tebing.
Selain menjadi temannya belajar, aku juga dijadikannya teman berhibur apabila dia melungsuri Internet untuk menari bahan-bahan pelajaran atau ketika dia mahu bermain ‘game’ atau berceloteh seketika dengan kawan-kawannya.
Dia menggelarkan ‘puteri’. Tetapi, bagi diriku dialah puteri yang sebenar kerana kebaikannya selama ini terhadapku.

Saturday 14 July 2012

Karangan Autobiografi

                                                            AKU SEBATANG PEN



            Aku sebatang pen. Bentuk badanku bulat dan panjang. Nama aku ialah ‘Charlie’. Negara asal aku ialah Perancis. Aku dibawa masuk ke Malaysia dengan menaiki kapal terbang. Setibanya di Malaysia, aku dihantar ke sebuah kedai menjual alat-alat tulis.
          Ramai pelanggan yang datang melihat aku. Mereka memuji kecantikan badan aku. Tetapi tiada seorang pun yang mahu membeli aku. Barangkali kerana darahku yang berwarna merah. Pada suatu hari, seorang wanita membelek aku. Wanita itu terus memberi aku setelah cuba menulis menggunakan darahku. Aku berasa gembira sekali.
          Setibanya di rumah, aku diletakkan di atas meja. Wanita itu mengeluarkan beberapa keping buku dari dalam lacinya. Rupa-rupanya tuan aku seorang guru. Aku digunakan untuk memeriksa buku murid-muridnya. Tiba-tiba, aku terlepas daripada tangannya kerana tuan aku terkejut apabila telefon berdering. Aku terjatuh ke lantai.
         Aku berasa sakit sekali. Tuan aku tidak menghiraukan aku lalu menjawab telefonnya. Selepas selesai berborak, tuan aku mengambil aku untuk menyambung semula kerjanya. Tetapi apabila mataku menyentuh buku, sakitnya tidak terhingga. Rupa-rupanya badanku telah pecah dan darahku mengalir tidak berhenti.     
          Tuan aku membebel keseorangan diri dan terus mencampak aku ke dalam tong sampah. Aku berasa sangat sedih kerana cuma berkhidmat dalam masa yang singkat sahaja.